F35 JATUH
Sejarah dunia hari ini Iran Adalah Negara Pertama di Dunia yang menembak Jatuh Pesawat Tempur Siluman F35...🇮🇷🔥💥🚀
PM THAILAND MEMBERI AMARAN NEGARA ITU BERTAHAN 100 HARI SAHAJA.
Aman Muhamad
PM Thailand keluar kenyataan, bahawa rizab minyak Thailand hanya mampu bertahan selama 100 hari je lagi.
Thailand adalah negara pengeluar minyak, namun Thailand mengimport minyak untuk kegunaan negara mereka lebih 50%-60%
Thailand juga akan mengurangkan expot minyak mereka, termasuklah ke Malaysia. (Thailand adalah salah satu negara penjual diesel siap kepada Malaysia)
Menurut penganalisis, ini telah menjadi satu amaran awal kepada negara-negara asean yang lain.
1. Krisis rantaian bekalan.
2. Krisis makanan.
3. Krisis diplomatik.
4. Krisis pelaburan
Doakan yang baik-baik untuk negara kita, dan semoga peperangan AS-Iran berakhir dengan segera.
:)
BERPADA-PADA BERI SOKONGAN PADA IRAN, WASPADA IDEOLOGI SYIAH
Saya dan rakan-rakan sealiran sehingga hari ini masih beranggapan bahawa Israel dan Iran; kedua-duanya ada misi perluasan di Timur Tengah.
Saya tahu ramai yang tidak setuju atas pelbagai faktor. Mungkin kerana ada tokoh yang jauh lebih senior dari kami menyokong Iran bahkan mengabsahkan Syiah sebagai ahlussunnah wal jamaah.
Mungkin kerana terlalu marah kepada Israel lalu melihat Iran sebagai hero selepas berjaya membelasah Israel, di saat banyak negara Arab tunduk menyerah kepada Israel. Atau mungkin kerana Hamas pernah ada persefahaman strategi dengan Iran. Atau mungkin juga mereka sendiri adalah Syiah Melayu yang menyamar dan bertaqiyah.
Melihat perkembangan serangan demi serangan yang dilakukan oleh Iran, saya beranggapan unsur-unsur mengambil kesempatan oleh Iran dari situasi sekarang untuk misi perluasan di Timur Tengah dan penguasaan sumber minyak negara Teluk semakin ketara.
Alasan untuk melemahkan Israel dengan sebahagian serangan itu tidak jelas strateginya. Israel mempunyai banyak cara untuk mengukuhkan semula dirinya. Jika Trump tidak dapat bantu, ada banyak lagi cara lain yang mereka akan usahakan. Perang baru sangat bermula, kesudahannya masih jauh untuk diramal.
Tetapi apa yang jelas adalah negara-negara di Timur Tengah tersepit di tengah-tengah persengketaan kedua kuasa ini. Negara Teluk terus menanggung kerugian hari demi hari. Negara di sekelilingnya terus berada dalam keadaan tidak stabil. Minyak makin ketara akan terlepas dari cengkaman Arab. Sama ada US atau Iran akan dapat untung lebih banyak, wallahu a'lam.
Kita dengan mudah boleh salahkan orang Arab kerana lemah dalam menentukan sikap mereka. Tetapi pernahkah kita terfikir jika kadar tekanan yang sama berlaku ke atas negara kita, apa agaknya sikap yang akan diambil oleh pemimpin politik kita; kerajaan dan pembangkang? Saya tidak nampak mereka akan buat pendirian yang lebih kuat dari apa yang dilakukan pemimpin di Timur Tengah.
Kita sebagai rakyat biasa juga lemah. Jadi, janganlah menulis seolah-olah di tangan kita ada jalan penyelesaiannya. Kita di Malaysia ini nak sampaikan sumbangan ke Palestin pun tak setara mana. Mengulas tentang negara orang lain tu berpada-padalah.
Saya sekali lagi menyeru semua rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan ideologi Syiah kerana mereka ada doktrin menghalalkan darah para sahabat ra dan darah ahlussunnah wal jamaah. Bila lemah mereka bertaqiyah, bila kuat mereka membelasah.
Bergembira dengan serangan Iran ke atas Israel tidak salah. Tetapi bergembira dengan serangan ke atas negara Arab yang lain tidak sepatutnya berlaku. Hadkan kemarahan kepada pemimpin negara Arab yang bersekongkol dengan Israel tetapi jangan luaskan sehingga memarahi rakyat negara tersebut.
Dunia menyaksikan kesungguhan dan pengorbanan rakyat negara Arab yang Sunni dalam membebaskan Palestin walaupun pemimpinnya tidak begitu. Jangan buat kesimpulan mudah bahawa Palestin hanya dibantu oleh Syiah. Hamas itu sendiri adalah Sunni. Jangan lupa Gaza sendiri adalah bumi kelahiran Imam Syafie.
Saya juga suka untuk mengingatkan semua bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Dajjal akan datang dibantu 70,000 Yahudi dari Asfahan (Iran) dan memakai 'taylasan'. Yakinlah bahawa Rasulullah saw tidak pernah berdusta.
Wallahu a'lam.
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
IRAN TANGKAP PENGKHIANAT
Iran mengumumkan ratusan tangkapan di seluruh negara dalam operasi besar-besaran bagi membanteras kumpulan yang didakwa menyokong kepentingan Amerika Syarikat dan Israel.
Kementerian Perisikan memaklumkan sebanyak 111 sel pro-monarki di 26 wilayah berjaya digagalkan, selain rampasan senjata dan penahanan individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti menentang kerajaan.Dalam masa sama, sekatan internet penuh yang kini memasuki minggu ketiga turut menyaksikan 21 individu ditahan kerana menghantar video kepada media luar, manakala ratusan peranti internet satelit Starlink dirampas.Sumber: Al JazeeraGambar hiasan (AI)
SAMAN JA LAGI..ORANG BODO BUKAN BOLEH KESIAN.
Man Toba
Dah kena saman dengan menteri KDN, kebodohan dia masih belum bersisa tuan tuan.
Kalini dia buat lagi perangai bodoh dan menyebarkan kebodohan dia kepada pengikut² bodoh dia yang lain.
LAWAN PEMACAK KUIL HARAM.
Ustz Al Asri
Sebab tu kita kena lawan pemacak kuil haram ni. Tak boleh bagi muka lagi . .Jenis mcmni org buat baik tapi mereka pijak kepala .
Kuil Seafield ni sepatutnya semua dah selesai ..tapi tengok mereka dtg balik.. dengarnya kuil di tapak Jakel pun jadi cerita lebih kurang ni jugak.
Banyak kuil haram yg kena pindah, akan bawak kes ke mahkamah, bukan untuk cari kebenaran tapi untuk tarik masa..
Kes mahkamah boleh makan masa 20 tahun lebih contohnya Kuil Sri Muniswaran di Langkawi tu.Walau tak dpt pampasan tapi sewaktu kes di bicara selagi itulah kuil itu tidak boleh di runtuhkan.
Kes bicara dari tahun 1985 hingga 2005.Walau 2005 mahkahmah dah putuskan pihak kuil kalah tapi mereka pindah hanya lepas 3 atau 4 tahun kemudian.
Yg lagi buat kita geram...kuil Sri Muniswaran tu pindah jarak 200 meter saja dari tapak asal Dan yes ..mereka main pacak saja Kuil haram yg baru di juga tanah yg bukan milik mereka.
KO TAK BAGI TAU PUN KERAJAAN DAH BUAT. ZAMAN KO TAK PERANG PUN TELOR TAK ADA..AYAM NAIK BELAS RINGGIT KILO..???.
HAMZAH CADANG KERAJAAN LAKSANA AGENDA 'RESET' HADAPAI KONFLIK ASIA BARAT
Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan membuat persediaan segera dan mengemukakan pelan kontingensi untuk mempersiapkan negara menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang semakin kritikal, khususnya akibat konflik di Asia Barat.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran kini memberi kesan meluas ke rantau Teluk, yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi global dan Malaysia.
"Jika keadaan ini berterusan, ekonomi Malaysia akan terjejas. Harga barang akan melambung dan inflasi akan meningkat, akhirnya rakyat menjadi mangsa.
"Di waktu inilah kita mengharapkan kepemimpinan yang baik, yang ada hala tuju jelas, yang matang dalam membuat keputusan, dan tahu mencari jalan keluar untuk rakyat dan negara.
"Kita mahu kerajaan lakukan yang terbaik, buat persediaan segera dengan mengemukakan pelan kontingensi supaya rakyat dan negara berupaya menghadapi cabaran yang mendatang nanti," katanya dalam hantaran di Facebook, malam ini.
Justeru, beliau mencadangkan pendekatan 'reset' dilaksanakan sebagai langkah menyeluruh untuk masa depan negara.
"Agenda 'reset' ini bukan soal kelangsungan politik mana-mana individu atau parti. Ia adalah perjuangan bersifat menyeluruh, inklusif dan berorientasikan masa depan negara.
"Lebih penting, ia selari dengan pendekatan maqasid syariah supaya terbinanya sebuah negara 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafur' - sebuah negara yang baik, yang makmur, yang mendapat keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT," katanya.
PUNCA DARI PEMIMPIN JUGA..JIWA KOTOR TAK AKAN MEMBAWA PADA KEBERSIHAN.
Exco Kecewa Sikap Peniaga Bazar Aidilfitri Bandar KB
Exco Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar , Hilmi Abdullah, melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir peniaga di tapak Bazar Aidilfitri Bandar Kota Bharu yang didapati tidak menjaga kebersihan kawasan perniagaan mereka.
Keadaan tapak bazar selepas waktu jualan dilaporkan dipenuhi sampah yang ditinggalkan, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat setempat.
Menurut beliau, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebelum ini telah memberi peringatan dan amaran kepada peniaga supaya memastikan kawasan niaga masing-masing sentiasa bersih.
Tambahnya lagi, kerajaan tempatan turut membantu para peniaga dengan menyediakan tapak bazar pada kadar sewa yang murah bagi memberi peluang mereka menambah pendapatan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan itu, para peniaga diminta mengambil serius peringatan tersebut dan bekerjasama menjaga kebersihan supaya suasana bazar kekal teratur serta selesa untuk pengunjung.
JANGAN LAYAN WALAUN BODO...MATEMATIK GAGAL. SEBAB TU KENA BAYAR 80K...NANTI KUTIP DUIT RAYA.KESIAN.
Aman Muhamad.
Masya Allah dik..
Kenapa adik merapu macam ni?
Abang ingat esok nak raya ni, abang nak tenang-tenang je sambil bakar lemang ni. Tapi bila baca adik tulis macam ni, Abang plak rasa terpanggil untuk sekolahkan adik.
Teruk sangat dah ni.
Astaghfirullah.
Begini dik.
Biar abang luangkan masa untuk sekolahkan adik.
Untuk penggunaan diesel di Malaysia, Malaysia buat 3 benda:
1. Malaysia proses sendiri diesel.
2. Malaysia beli minyak mentah dari negar luar, dan proses semula di dalam negara.
3. Malaysia beli diesel yang sudah siap.
Kenapa Malaysia masih impot/beli diesel dari luar negara?
Jawapannya mudah je dik, sebab tak cukup.
Negara kita lebh banyak guna diesel berbanding diesel yang dihasilkan sendiri.
Industri kita sedang berkembang, banyak pembinaan sana-sini, sebab tu permintaan diesel melebihi apa yang kita mampu hasilkan.
Sebab tulah kita beli diesel dari negara lain.
Pecahan peratusannya adalah begini:
a. Diesel hasil sendiri: 55%-65%
b. Impot diesel siap: 25%-30%
c. Impot minyak mentah: 15%-30%
Kenapa berubah-ubah?
Sebab harga minyak ni sentiasa berubah setiap masa dik.
Negara mana yang kita beli diesel siap tu?
a. Singapura (dominan)
b. India
c. Arab Saudi
d. UAE
e. Korea Selatan
f. China
Negara mana yang kita beli minyak mentah untuk proses diesel?
a. Arab Saudi
b. UAE
c. Kuwait
d. Nigeria
d. Angola
e. Vietnam
Jika adik tertanya-tanya, kalau Malaysia dah beli dari Singpapura, apa kaitan dengan Selat Hormutz?
Jawapannya mudah je dik, walaupun Malaysia beli dari Singapura, namun Singapura beli minyak mentah dari Timur Tengah untuk proses jadi diesel siap sebelum jual ke Malaysia.
Jadi adik dah nampak gambaran tu sekarang?
atau masih buta nak nampak?
Jadi abang harap, penerangan ringkas abang ni mampu memberi cahaya dan hidayah kepada adik, semoga adik dapat keluar dari kejahilan mengenai industri diesel negara kita.
Benda ni sebenarnya abang tak payah terangkan pun. Bukan kerja abang pun nak terangkan kat adik ni.
Sepatutnya ia diterangkan oleh pakar-pakar ekonomi dalam PAS. Bukankah PAS selalu claim mereka ada ramai profesional dan teknokrat pelbagai bidang?
Takkanlah takde sekor pun yang boleh beri penerangan mudah kepada adik. Nak harapkan abang jugak ke beri penerangan?
Teruk sungguh PAS ni.
Betul sungguh la bila Presiden PAS cakap, penyokong PAS ni memang ramai jahil agama dan jahil politik.
Contoh jelas ialah adik sendiri.
Apa-apa pun, abang ucapkan selamat hari raya.
Abang ni gi sambung bakar lemang.
;)
p/s: adik jangan lupa pergi kutip duit raya banyak tahun ni ya, nanti nak bayar saman tak cukup pula.
PMX SUMBANG UNTUK RAKYAT PERMATANG PAUH.
[ INFOGRAFIK ]
Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid di kawasan itu sebagai persediaan kepada orang ramai untuk menyambut Aidilfitri.
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh Ahmad Zhafri Mohd Nazri berkata sumbangan itu ialah inisiatif Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
#MADANIBekerja
#TaatSetia
#JabatanPenerangan
#JAPENPenang
WALAUN BAB MATEMATIK...KIOK.
Tunggang isu minyak pula. Dia tau tak harga minyak mentah sebelum Trum gile dan benjamin gile tu mula serang Iran harga minyak mentah cuma sekitar 70 dollar setong!!
Sekarang harga 111 dolar setong. Kau pikir apa? 70 ke 111 tu naik ke turun? Banyak mana kenaikan harga?
Situ pon takleh pikir ke?
SELAMAT BALIK KAMPUNG...
SELAMAT PULANG PERANTAU, AMBO TAK DENGKI/TABIK DENGAN KETABAHAN DEMO.
Saja nak bercerita....
Bila ambo habis mengaji U tahun 1987, ambo nekad nak balik duduk Kelantan dan bekerja di Kelantan, ada kerja ke takdak kerja ke, ambo nekad tidak mahu keluar dari bumi Kelantan.
Pekerjaan pertama ambo di Kelantan ialah kerja di Pej Perhubungan Pas Kelantan sebagai S/Usaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan dengan elaun rm150 sebulan. Kerja utama ambo atur kuliah pagi jumaat di seluruh Kelantan. Bila musim raya macam ni, buat khutbah hariraya.
Hampir hampir ambo "berbalah" dengan tok tua apabila ambo tidak membenarkan isteri ambo lapor diri untuk mengajar di Perak bila dapat tawaran mengajar dari KPM, semuanya kerana tak mahu keluar dari Kelantan.
Sabit tu ambo takdak pengalaman pasal makan jem. Kalau ada jem di Kelantan terutama musim cuti perayaan, pendek kata habis jalan kampung ambo redah untuk lari dari jem, jalan kok ladang sawit pun ambo pitas lagi... Sabit tu ambo tak kecik hati walaupun jalan di Kelantan kecil/sempit dan berlubang lubang.
Malaysia, India Sepakat Gesa Henti Serangan Terhadap Iran – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi pada 19 Mac 2026. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Malaysia berpendirian tegas dan konsisten dalam mengutuk pengeboman oleh Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa berhubung dengan pemimpin itu petang tadi.
Beliau berkata, Malaysia dan India sepakat untuk menyeru kepada penghentian segera pertempuran serta menggembleng usaha untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog yang sihat.
“Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi pada lewat petang tadi. Saya hargai ucapan beliau kepada keluarga dan rakyat Malaysia bersempena sambutan Eidulfitri Mubarak yang bakal tiba.
“Perbincangan kami bertumpu pada perkembangan mutakhir di Asia Barat yang kian memburuk, apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.
Anwar berkata, mereka turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa, termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS.
“Walhasil, kerjasama padu ini menjadi semakin mendesak tatkala dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam, termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan.
“Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat,” katanya.
Konflik Asia Barat: Harga Bahan Api Di Singapura Terus Meningkat

Harga RON95 mencecah S$3.47 (S$1=RM3.06) seliter (RM10.62 seliter) setakat Rabu berbanding S$2.92 awal bulan ini.
SINGAPURA, 19 Mac – Harga bahan api di Singapura mencatat trend peningkatan susulan konflik berterusan di Asia Barat, dengan RON95 mencecah S$3.47 (S$1=RM3.06) seliter (RM10.62 seliter) setakat Rabu berbanding S$2.92 awal bulan ini.
Menurut portal perbandingan harga bahan api motorist.sg, harga diesel meningkat sejak tiga minggu lalu selepas penutupan Selat Hormuz, dengan harga tertinggi S$3.63 seliter setakat 18 Mac.
Harga pam di Singapura merupakan yang tertinggi di rantau ini.

Sebagai perbandingan dengan harga bahan api di Malaysia, harga RON95 di Singapura adalah sekitar RM10.62 seliter berbanding RM1.99 seliter di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan RM3.27 seliter tanpa subsidi.
Selain itu, harga diesel di Singapura adalah sekitar RM11.13 seliter berbanding RM4.72 seliter di Malaysia.
Susulan peningkatan harga, penyedia perkhidmatan pengangkutan mengambil langkah bagi menyerap kos dan mengurangkan beban pemandu.
Platform e-hailing Grab berkata, ia akan terus memberikan diskaun bahan api kepada pemandu melalui kerjasama dengan stesen minyak bagi membantu mereka mengurus kos.
“Kami memahami bahawa kenaikan harga bahan api memberi kesan kepada pendapatan rakan pemandu dan penghantar kami.
“Kami sentiasa berunding rapat dengan kesatuan dan rakan industri untuk memantau keadaan serta meneroka langkah tambahan bagi menyokong komuniti rakan kami,” kata jurucakap Grab seperti dipetik Channel News Asia pada Khamis.
Pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro berkata ia akan melaksanakan “yuran pemandu” sementara bagi tempahan melalui aplikasi CDG Zig susulan kenaikan harga bahan api.
Langkah itu bertujuan mengurangkan tekanan kewangan ke atas pemandu akibat kenaikan harga bahan api, katanya.
Sejak konflik bermula pada 28 Februari, pihak berkuasa memantau rapat perkembangan dan kesannya terhadap Singapura, yang merupakan pengimport bersih minyak mentah dan gas asli.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata kerajaan bersedia melaksanakan langkah tambahan untuk rakyat Singapura selain yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2026.
Menteri bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Tan See Leng berkata Singapura telah mewujudkan stok simpanan bahan api gas dan diesel untuk digunakan oleh syarikat penjanaan kuasa sekiranya berlaku gangguan bekalan serius, serta sedang mempelbagaikan sumber import gas asli cecair (LNG).
Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa pengguna mungkin berdepan kenaikan harga elektrik dalam beberapa bulan akan datang susulan kenaikan harga gas global akibat konflik tersebut.
Aidilfitri 2026: Trafik Sesak Teruk Ke Pantai Timur, Utara Selatan Makin Padat

Aliran trafik tinggi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dilihat menerusi CCTV pada 19 Mac 2026.
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Aliran trafik di lebuh raya utama negara mengalami kesesakan luar biasa malam ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan paling teruk dikesan ke arah Pantai Timur membabitkan laluan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi.
“Kesesakan di kawasan tersebut dikesan bermula sebelum susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) lagi dan aliran trafik meningkat secara ketara selepas waktu berbuka puasa tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Beliau berkata bagi arah Utara, trafik dilaporkan bergerak perlahan, namun terkawal di laluan Sungai Buloh ke Rawang, Slim River ke Sungkai serta Bukit Tagar menuju ke Lembah Beringin.
Trend kesesakan di Utara juga masih dipengaruhi sisa kesan kemalangan maut yang berlaku petang tadi di laluan Tapah ke Gopeng, selain pertambahan kenderaan di Permatang Pauh menuju ke Sungai Dua.
Bagi laluan ke arah Selatan, LLM melaporkan trafik mula perlahan di beberapa titik panas antaranya Bandar Baru Nilai ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Bandar Ainsdale ke Senawang serta Pedas Linggi ke Simpang Ampat.

Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus memuncak sehingga tengah malam ini memandangkan orang ramai mengejar tempoh tawaran diskaun tol yang bakal berakhir pada jam 11.59 malam.
Selain faktor diskaun, ramai pengguna dilaporkan baru memulakan perjalanan malam ini memandangkan sebahagian besar sektor pekerjaan mula bercuti secara rasmi esok.
Sehubungan dengan itu, LLM menasihati pengguna supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go serta tangki bahan api kenderaan mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika terperangkap dalam kesesakan.
“Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa menjaga jarak selamat antara kenderaan dan berwaspada dengan sebarang halangan di hadapan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” kata jurucakap itu.
Setakat ini, keadaan cuaca di sepanjang lebuh raya utama dilaporkan baik, kecuali hujan lebat yang berlaku di beberapa lokasi seperti Gombak, Tapah dan Nilai pada sebelah petang tadi.
Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau menerusi aplikasi navigasi bagi membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih efektif.
SALAM BUAT RAKYAT MALAYSIA… AYUH DAMAI
Mami Raz
























