TUTUP SEBAB APA?


 

PMQT ANWAR JAWAB


 

BERTANYA KHABAR TENTANG MAMGSA BANJIR KAPUNG SUBANG JAYA


 

PMQT PMX JAWAB


 

TAK YAH BAGI CADANGAN YANG BUKAN BUKAN


 

TERKINI


 

MUNG BODOW....ITULAH KATA KATA YANG SELALU DIUCAPKAN AZHAR IDRUS

 





Aisayman, peruntukan ikut progresslah. Karang bagi selempuk lebai belanja yang bukan-bukan pulak.

Duit bagi, projek tak siap, duit dah diperabis.
Umpama ginilah.
Kalau anda buat rumah, pembinaan belum start takkan anda nak bagi semua kos projek selempuk dulu pada kontraktor? Faham tak.









WEHHHH...LUPA TERUK NGAT NIM...





 Dia dah jadi pelupa.

Zaman Ismail Sabri yang mula buat CSA dan PAS sebahagian Kerajaan 33 bulan.
Tiada pulak dia kata dajal.
Sesuatu sangat dia dengan PMX.





HANGPA BODOW- RM250 JUTA JADI RM30 JUTA? KELANTAN PERTIKAI ANGKA, BEKAS JURUTERA JKR JELASKAN CARA PERUNTUKAN PROJEK

 



RM250 JUTA JADI RM30 JUTA? KELANTAN PERTIKAI ANGKA, BEKAS JURUTERA JKR JELASKAN CARA PERUNTUKAN PROJEK



Ingatkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kelulusan RM250 juta untuk projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral, kita akan dengar ucapan terima kasih dan perkembangan pelaksanaan projek. Rupanya timbul pula pertikaian angka. Exco Kerja Raya Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin menjelaskan bahawa berdasarkan surat kelulusan yang diterima kerajaan negeri, jumlahnya hanya RM30 juta, bukannya RM250 juta seperti diumumkan PMX.
Namun, ada satu perkara yang perlu difahami. Kelulusan keseluruhan projek dan jumlah peruntukan yang disediakan pada sesuatu peringkat bukan semestinya perkara yang sama. Seorang individu bernama Zainuddin Omar, yang menurut maklumat dikongsikan pernah berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JKR, memberikan penjelasan berdasarkan pengalaman 30 tahun menguruskan projek. Katanya, peruntukan kerajaan lazimnya disalurkan mengikut kemajuan projek atau staggered payment, bukannya diberikan sekaligus. Penjelasan ini penting, walaupun kita masih perlu melihat butiran surat kelulusan sebenar untuk memastikan sama ada RM30 juta itu peruntukan awal atau skop kelulusan yang berasingan.
Logiknya mudah. Kalau projek bernilai RM250 juta, tak bermakna semua RM250 juta perlu dikeluarkan sebelum kerja bermula. Ada proses perancangan, pelantikan kontraktor, kerja pembinaan, pengesahan kemajuan dan pembayaran mengikut syarat kontrak. Mekanisme begini membantu memastikan wang awam dibelanjakan berdasarkan kerja yang benar-benar dilaksanakan. Kita pun dah banyak belajar daripada pelbagai masalah projek infrastruktur sebelum ini, termasuk isu penggantian paip air dan projek yang mengalami kelewatan. Sebab itu ketelusan, pemantauan dan kawalan pembayaran sangat penting.
Menariknya, kerajaan Kelantan sendiri sebelum ini memaklumkan bahawa pembangunan KB Sentral dicadangkan melalui kaedah Build-Operate-Transfer (BOT), dengan nilai pembangunan antara RM50 juta hingga RM130 juta yang turut merangkumi komponen komersial. Ini bermakna terdapat beberapa angka dan kemungkinan skop pembiayaan yang perlu diperjelaskan. RM250 juta yang diumumkan PMX, RM30 juta dalam surat yang disebut Exco dan cadangan pembangunan BOT tidak boleh terus dianggap sebagai angka bagi perkara yang sama tanpa melihat dokumen lengkap.

Di sebalik pertikaian angka ini, pengumuman PMX mengenai kelulusan RM250 juta memperlihatkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan rakyat Kelantan. Penyokong kerajaan melihat usaha ini sebagai cerminan semangat Malaysia MADANI yang mahu pembangunan dinikmati rakyat tanpa mengira negeri atau perbezaan politik. Hasratnya jelas, rakyat Kelantan juga berhak menikmati infrastruktur yang baik, selesa dan moden. Keikhlasan kepimpinan akhirnya dinilai bukan sekadar melalui pengumuman, tetapi melalui kesungguhan memastikan manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat.





NAK PERCAYA SHIEKH WAZIR KA..ATAU LEBAI KUAT MELAWAK..ATAU SAMPUL

 




Politik adalah perkara ijtihadi, masing masing ada ijtihad sendiri dan masing masing boleh berubah atau diubah bila bila masa.







PM Anwar Ibrahim jawab isu kawalan keselamatan, kes penyeludupan dadah melalui pintu sempadan negara


 

#KiniNews: Shuhaily returns to border agency; MPs question govt over 'corporate mafia' probe


 

PMQT: Ahli Parlimen Akan Diberi Taklimat Khas Keselamatan Negara – PM Anwar

 


IMG_9896

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ancaman geopolitik luar menerusi serangan siber termasuk rejim Zionis Israel yang berpangkalan di beberapa negara, disentuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan taklimat khas secara tertutup kepada semua Ahli Parlimen dalam masa terdekat.

Semasa menjawab soalan tambahan Ronald Kiandee (PN-Beluran) ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri bagaimanapun berkata, cadangan itu tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak di Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

Perkara tersebut penting menurut Perdana Menteri yang menjelaskan, ia setelah maklumat risikan berdasarkan maklumat yang diperoleh petang semalam serta daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pagi tadi dan ancaman tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Saya boleh minta Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara untuk memberikan taklimat khas dan tertutup kepada semua Ahli Parlimen dalam tempoh satu dua hari ini kalau dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Saya percaya perkara ini sangat penting kerana daripada maklumat yang diperoleh petang semalam dan juga pagi tadi daripada Menteri Dalam Negeri juga, hari ini jangan kita pandang ringan,” ujar Anwar.

Ronald bertanya kepada Perdana Menteri sama ada Malaysia menjadi sasaran berdasarkan maklumat risikan sedia ada serta sejauh mana ancaman berkenaan terhadap negara.

Menjawab soalan berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, tidak semua maklumat berkaitan perkara mengenai keselamatan negara boleh didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun, untuk taklimat keselamatan negara, -Anwar memohon kerjasama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan ruang kepada MKN menyampaikan taklimat berkenaan.

“Saya pohon kerjasama semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan ruang kepada MKN dalam tempoh satu dua hari untuk mendengar sendiri perkembangan mutakhir,” katanya.

Terdahulu sidang diberitahu terdapat ancaman serangan siber yang serius membabitkan rejim berkenaan dipercayai dilakukan di Phuket dan beberapa tempat di Thailand sejak kebelakangan ini.




PMQT: PM Anwar Jamin Siasatan Projek Paip Gas Sabah, MPP Masih Diteruskan

 


IMG_9894

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, proses siasatan membabitkan Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (Trans Sabah Gas Pipeline – TSGP) dan Projek Saluran Paip Pelbagai Produk (Multipurpose Product Pipeline – MPP) bernilai RM9.4 bilion berdepan kesukaran dalam mendapatkan maklumat kerana melibatkan entiti dua negara.

Ketika menjelaskan isu berkenaan semasa Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri memberitahu, siasatan terhadap dua projek saluran paip yang dibatalkan pada 2025 itu masih diteruskan susulan penemuan unsur penyelewengan berdasarkan laporan siasatan yang diterima kerajaan setakat ini.

“Kes ini belum ditutup. Apabila siasatan membabitkan dua negara, terdapat juga maklumat yang masih belum dapat kita peroleh setakat ini. Diharapkan kita dapat meneruskannya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

Menjawab soalan asal Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai mengapa dua projek berkenaan yang telah dibayar 88 peratus atau bersamaan dengan nilai RM8.3 bilion walaupun kemajuan kerja hanya 13 peratus telah dilaksanakan serta apakah langkah-langkah kerajaan untuk mendapatkan semula wang yang telah dibayar sedangkan kerja belum disiapkan.

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut berdepan kesukaran dalam menjalankan siasatan, namun siasatan masih diteruskan walaupun berdepan kekangan maklumat melibatkan negara asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

Anwar turut bersetuju dengan Jonathan yang mempersoalkan kaedah pembayaran kontrak asal yang ditetapkan mengikut jadual tetap pembayaran dan bukannya berdasarkan kemajuan (progress) pembinaan projek.

“Kedua-dua kontrak itu diberikan menerusi rundingan terus kepada China Petroleum Pipeline Bureau pada November 2016.

“Menjelang 2018, sebanyak RM8.3 bilion atau 88 peratus daripada nilai kontrak sudah dibayar walaupun kemajuan pembinaan dilaporkan hanya sekitar 13 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 3 November 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Jika pembayaran perlu dibuat pada Disember, ia tetap dibayar walaupun projek belum menunjukkan kemajuan. Saya tidak memahami kaedah itu, tetapi begitulah pembayaran diluluskan,” katanya.

Projek TSGP bernilai RM4.06 bilion dirancang menghubungkan Kimanis dengan Sandakan dan Tawau di Sabah, manakala MPP bernilai RM5.35 bilion dirancang menghubungkan Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan dengan Jitra, Kedah.

Untuk rekod, kedua-dua projek itu diuruskan oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER), syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

TSGP dicadangkan pada 2016 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Najib Razak kononnya bagi membekalkan gas dari pantai barat untuk menjana sebuah loji janakuasa gas yang dirancang di pantai timur Sabah.

Bagaimanapun, ia dibatalkan pada 2018 oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan laporan mengenai bayaran pendahuluan yang tinggi walaupun kemajuan pembinaan masih rendah.

Projek berkenaan kemudian dikatakan antara beberapa projek yang diberikan kepada syarikat China sebagai balasan kepada usaha menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), sebelum dihidupkan semula oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pada 2021.

Bagaimanapun, projek itu sekali lagi dibatalkan oleh Kerajaan MADANI ketika ini, berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Ekonomi di Parlimen pada 19 Februari 2025.





PRN Melaka: Ahmad Zahid Usah ‘Normalisasi’ Salah Guna Agensi Kerajaan

 


IMG_9913

Ahmad Zahid sepatutnya menasihati calon-calon BN sendiri agar tidak menyalahgunakan agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memancing undi. Foto IPD Jasin

MELAKA, 3 Nov – Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan tidak ‘menormalisaikan’ penyelewengan dan salahguna agensi kerajaan berhubung isu pemberian bantuan membabitkan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini.

Sebaliknya, beliau selaku Pengerusi BN sepatutnya menasihati calon-calonnya sendiri agar tidak menyalahgunakan agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memancing undi sepanjang tempoh berkempen sehingga 11.59 malam, 13 November depan.

Menurut penganalisis tempatan, alasan Ahmad Zahid dipercayai ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) kononnya mencari alasan terdesak dalam menghadapi persaingan, tidak wajar diungkap kerana perlanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas berlaku.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau tidak melihat isu berkenaan (sogokan) sebagai satu masalah memandangkan parti lain juga mengadakan program yang dihadiri menteri dan timbalan menteri.

Calon Barisan Nasional (BN) PRN Melaka ke-16, Khaidirah Abu Zahar wajar disiasat atas dakwaan berkempen menggunakan premis dan jentera kerajaan. Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

“Kalau sesuatu kumpulan itu berasa terdesak, mereka akan mencari pelbagai alasan dan pelbagai perkara.

“Ya, kerana mungkin mereka sangat terdesak dan saya tidak fikir itu perlu kita gembar-gemburkan,” dakwanya.

Isu berkenaan timbul apabila Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap calon BN di DUN berkenaan, Datuk Khaidirah Abu Zahar atas dakwaan berkempen menggunakan premis dan jentera kerajaan.

Sumbangan dipercayai dalam bentuk wang tunai bersampul tertera logo Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) didakwa diedarkan semasa tempoh kempen PRN Melaka oleh calon BN DUN Rim. Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Siti Aishah Shaik Ismail berkata, laporan polis penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim itu dibuat oleh wakil PH di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, semalam.

Siti Aishah berkata, Khaidirah didakwa melakukan perbuatan itu semasa hadir pada majlis penyampaian sumbangan kepada kira-kira 30 penerima bersempena dengan sambutan Deepavali, dan segala bukti bergambar serta rakaman berkaitan perkara itu telah diserahkan kepada pihak polis.

“Kita juga dapati bakul makanan yang beliau berikan ada tertera tulisan MPJ (Majlis Perbandaran Jasin), maknanya itu aset (sumbangan) kerajaan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH DUN Rim di sini, semalam.




PRN Melaka: Pakatan Harapan lancar manifesto ‘Melaka Rumah Kita’ dengan 3 teras dan 12 aspirasi


 

TUA TUA JERIT CAM GILA BABI PASAI PA ?


 

PADAN MUKA KAU- 500K ATAU 2 TAHUN PENJARA

 

Hina Sultan Selangor di Facebook, telefon pemilik akaun ‘Vikke Lee’ disita SKMM

Satu hantaran Facebook yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan telefon bimbit serta kad SIM milik pemilik akaun berkenaan turut disita.

Siasatan itu dijalankan terhadap pemilik akaun Facebook ‘Vikke Lee’ susulan dakwaan memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Dalam satu kenyataan, SKMM memaklumkan rakaman percakapan individu terbabit telah dijalankan di Balai Polis Sri Petaling.

Selain mengambil keterangan, pihak berkuasa turut menyita satu telefon bimbit bersama satu kad SIM bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

SKMM berkata pihaknya memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang disyaki mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Menurut suruhanjaya itu, kandungan sedemikian berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat, khususnya apabila membabitkan isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja.

Orang ramai turut diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab serta tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara.



Projek RM9 bilion tak tender, PMX dedah ada elemen ‘sakau’ dalam skandal saluran paip Sabah!

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan berhubung projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi Product Pipeline (MPP) masih belum ditutup meskipun berdepan kesukaran mendapatkan maklumat kerana membabitkan dua negara.

Beliau berkata, projek berkenaan mempunyai kelemahan tadbir urus yang besar apabila perjanjian bernilai RM9 bilion dibuat tanpa tender dan ketelusan, selain menetapkan syarat pembayaran walaupun kemajuan fizikal projek tidak dicapai mengikut tahap sepatutnya.

“Betul dana itu asalnya untuk Sabah. Tetapi oleh kerana kegagalan dan memang salah laku yang besar kerana perjanjian melibatkan RM9 bilion tak ada tender dan tidak ada ketelusan.

“Syarat perjanjian itu sangat aneh. Projek boleh dijalankan mesti dibayar walaupun tidak ada progres kemajuan projek tahap-tahapnya,” katanya ketika menjawab soalan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, kes berkenaan mula disiasat pada 2016 sebelum diangkat semula pada 2018, namun proses siasatan berdepan cabaran kerana turut melibatkan maklumat dari dua negara.

Beliau menegaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ditutup, sebaliknya masih memerlukan maklumat tambahan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

“Saya tidak anggap perkara ini ringan. Bila saya dapat laporan tentang siasatan, memang tetap ada elemen sakau, tak boleh nafikan,” katanya.

Menurut Anwar, kerajaan berdepan kesukaran mendapatkan keseluruhan maklumat berkaitan kes itu kerana sebahagian daripadanya melibatkan pihak di luar negara.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan penamatan projek berkenaan pada 2018 tidak bermakna negara terlepas daripada tanggungan kewangan yang timbul akibat perjanjian terdahulu.

Sebaliknya, Malaysia masih menanggung obligasi pembayaran balik pinjaman kira-kira RM8 bilion meskipun projek berkenaan tidak dilaksanakan.

Anwar berkata, pengalaman tersebut sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan supaya kelemahan tadbir urus dan ketirisan dana awam tidak berulang sehingga menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion ringgit.

Beliau turut mengingatkan bahawa usaha mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab sering berdepan pelbagai reaksi, termasuk dakwaan kerajaan bertindak atas dasar dendam politik.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu bertegas dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan mengikut peraturan, ketelusan dan kepentingan rakyat.

Terdahulu, ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin  membangkitkan status siasatan projek TSGP dan MPP serta mencadangkan supaya dana yang berjaya diperoleh semula digunakan untuk membantu Sabah membangunkan projek Southern Link bagi memperkukuh bekalan elektrik di kawasan pantai timur negeri itu.

Menjawab perkara itu, Anwar berkata kerajaan telah meluluskan pembiayaan RM765 juta bagi projek talian penghantaran elektrik Southern Link yang menghubungkan kawasan pantai barat dan timur Sabah.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan projek sistem penyimpanan tenaga bateri di Lahad Datu bernilai RM644 juta yang dimulakan sejak Jun 2025 serta projek hidroelektrik Ulu Padas bernilai RM4 bilion dengan kapasiti penjanaan 187.5 megawatt.

Projek Ulu Padas disasarkan mula beroperasi pada 2030 sekiranya pelaksanaannya berjalan lancar, sekali gus diharap dapat membantu menjamin kestabilan bekalan elektrik di Sabah.




Wajibkan Penilaian Risiko Geologi: Sarawak Perlu Bersedia Walaupun Risiko Rendah

 


IMG_9879

Tindakan segera mesti dilakukan bagi mengurangkan impak terhadap gegaran gempa bumi di Sarawak serta Sabah.

BINTULU, 3 Nov – Sarawak wajar mewajibkan penilaian risiko terhadap kawasan yang ingin dibangunkan, termasuk aspek geologi, bagi memastikan struktur bangunan mampu menahan gegaran gempa bumi pada masa depan.

Walaupun Malaysia terutamanya di Kepulauan Borneo terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, tetapi tidak bebas daripada risiko seismik. MetMalaysia mengenal pasti 14 titik panas gempa bumi di negara ini, termasuk Niah di Sarawak.

Gempa lemah bermagnitud 2.9 pernah dikesan di Mambong, berhampiran Kuching, pada Jun lalu. Gempa dalam berskala 6.8 di perairan Kota Kinabalu pada Februari turut dirasai di Sarawak walaupun risiko kerosakan rendah, dan Menteri Sumber Asli, Arthur Joseph Kurup, menyatakan gegaran mungkin lebih kuat di kawasan tanah lembut.

Itulah sebab penilaian geologi amat penting bagi pemetaan kawasan mana yang boleh didirikan sebarang binaan. Tanah lembut dan gambut, yang banyak di Sarawak, boleh meningkatkan magnitud gegaran, dan masalah penurunan asas turut menjejaskan keselamatan bangunan.

Penilaian tapak yang menyeluruh membolehkan jurutera memilih asas dan reka bentuk struktur yang sesuai sebelum pembinaan, bukan selepas masalah muncul.

Piawaian untuk reka bentuk seismik sudah ada melalui Lampiran Kebangsaan Eurocode 8 (MS EN1998-1), dan bangunan melebihi 10 tingkat disarankan mengambil kira beban seismik. Namun, ia perlu dikuatkuasakan secara konsisten, terutama untuk sekolah, hospital dan pangsapuri.

Kepulauan Borneo tidak terlepas daripada gegaran gempa bumi yang dikesan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Foto MetMalaysia

Menurut Penasihat SHEDA, Datuk Sim Kiang Chiok, menyatakan Sarawak berisiko rendah dan kebarangkalian gempa merosakkan dalam 50 tahun hanya sekitar dua peratus. Pemaju juga bimbang kos tambahan akan menjejaskan kemampuan membeli rumah.

Penyelesaian seimbang ialah penilaian berperingkat: syarat lebih ketat untuk bangunan tinggi dan kemudahan awam, manakala projek kecil mengikut garis panduan lebih ringkas. Keselamatan rakyat wajar diutamakan.




PRN Melaka: Pentabiran PH Penuhi Aspirasi Rakyat, Sasar Inisiatif, Bantuan Buat Semua

 


IMG_9856

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026. Foto Amirudin Shari

SHAH ALAM, 2 Nov – Kemampuan Pakatan Harapan (PH) selaku teraju mentadbir Kerajaan Persekutuan menjadi bukti paling ampuh bagaimana hasil negara dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan sejak November 2022 sehingga ke hari ini.

Justeru, medan pertarungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi ujian besar gabungan itu dan hasilnya kini kian positif menerusi kempen gerak kerja lapangan dan khidmat kepada rakyat yang dilaksanakan calon serta parti gabungan sejak empat hingga lima tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026. Foto Amirudin Shari

Malah, PH pernah mentadbir Melaka dari 2018 hingga 2020 dengan menjadikan asas tatakeloa dan pentdbiran bersih dan adil termasuk mengurangkan hutang kerajaan negeri melalui langkah penjimatan dan menyusun semula keutamaan projek berimpak tinggi kepada rakyat.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau melihat corak penerimaan rakyat bukan bersandarkan tempoh menemui pengundi selama dua minggu sahaja, malah ia merupakan hasil usaha berterusan gabungan itu dalam menyediakan sokongan dan memenuhi aspirasi rakyat setiap kawasan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026. Foto Amirudin Shari

Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, walaupun prestasi dan gerak kerja kempen dilihat sedikit perlahan pada dua hari pertama sejak Sabtu lalu, namun beliau yakin momentum berkenaan akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Program-program pertemuan fizikal berlangsung, tetapi baru masuk tiga hari pertama. Saya percaya respons kita di beberapa kerusi tumpuan itu masih lagi baik disebabkan kerja lapangan dilaksanakan oleh calon ataupun pihak parti sejak daripada empat hingga lima tahun lepas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026. Foto Amirudin Shari

“Jadi, bukan soal dua minggu kempen, tetapi soal bagaimana kita melayan ataupun menyediakan sokongan kepada rakyat dalam tempoh dua hingga empat atau lima tahun lepas,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, pagi tadi.

Ini dtambah lagi dengan pengumuman Adly Zahari selaku calon Ketua Menteri, menguatkan lagi keazaman PH untuk kembali mengulangi era pentadbiran mesra rakyat dan meninggalkan kebobrokan Barisan Nasional (BN) sejak 2021 sehingga DUN dibubarkan 23 September lalu.

Seolahnya, ‘perangkap’ dipasang Adly Zahari mula dimakan Ab Rauf Yusoh yang terkapai-kapai mencari jalan keluar terhadap persoalan yang Adly bangkitkan. Foto Adly Zahari

Kemampuan bekas ADUN Bukit Katil itu tidak dapat disangkal lagi meskipun bekas Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh enggan mengulas lanjut jauh sekali mengakui pentadbiran PH sebenarnya jauh lebih baik berbanding era BN hanya dalam tempoh 22 bulan.

Maka, jelas sekali Ab Rauf gagal menawarkan kesinambungan pentadbiran bersih dan adil kepada rakyat di negerinya sendiri hingga dilihat ‘koyak’ apabila Adly bertanyakan mengapa sekian lama BN berkuasa, masalah berulang masih lagi timbul.